Ultras Malaya boikot Piala Air Marine - Utusan Malaysia

Ultras Malaya boikot Piala Air Marine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Disebabkan tiket perlawanan Piala Air Marine yang berharga RM35, sekumpulan penyokong setia skuad Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya membuat keputusan untuk memboikot kejohanan empat penjuru yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mac dan 23 Mac ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

HANTARAN Ultras Malaysia dalam Facebook mereka semalam.

Tindakan tersebut dilakukan ekoran tidak bersetuju dengan sebarang eksploitasi ke atas skuad Harimau Malaya untuk kepentingan dan keuntungan poket pihak-pihak tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua sedia maklum bahawa skuad Harimau Malaya kita akan dieksploitasikan di dalam kejohanan Piala Air Marine ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan ke atas semangat dan keinginan penyokong yang inginkan ranking FIFA skuad kebangsaan kita meningkat.

“Piala Air Marine ini sebenarnya hanyalah satu perlawanan persahabatan kelas A yang akan memberikan mata FIFA sebagai aksi persahabatan. Persoalannya di sini mengapa dan apa rasionalnya pihak penganjur ProEvents mengenakan caj tiket (RM35) yang melebihi dari harga tiket perlawanan persahabatan yang biasa iaitu RM20?.

“Sedangkan perlawanan Piala AFF pun RM30 untuk peringkat kumpulan, satu kejohanan peringkat rantau ASEAN yang juga memberikan kiraan mata yang sama dengan persahabatan kelas A. Jelas mereka ini mahu mengaut keuntungan atas angin dan mengambil kesempatan ke atas semangat kita semua selaku ekor Harimau Malaya,” kata kenyataan rasmi daripada Ultras Malaya di laman Facebook mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini