Chong Wei tarik diri Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Chong Wei tarik diri Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri daripada kejohanan Terbuka Malaysia, bulan hadapan selepas menerima nasihat daripada doktor yang merawatnya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM)dalam satu kenyataan memberitahu, hasil pemeriksaan terhadap pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu berjalan dengan baik namun dinasihatkan untuk tidak menyertai kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia 750 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati proses pemulihannya berjalan dengan baik tetapi disarankan untuk menarik diri bagi mengelakkan tekanan kepada dirinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peminat sukan badminton tanah air dimohon untuk memberikan ruang kepada jaguh negara itu bagi menjalani proses pemulihan.” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini