Banyak masa terbuang tangani isu 1MDB - Mahathir - Utusan Malaysia

Banyak masa terbuang tangani isu 1MDB – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) banyak membuang masa dalam tahun pertamanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah besar yang ditimbulkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Beliau berkata, gabungan itu diwujudkan untuk menyelamatkan negara daripada kerajaan kleptokrasi yang telah mencuri dan membazirkan berbilion-bilion ringgit wang rakyat, namun tanpa diduga telah mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum pada 9 Mei tahun lepas.

“Ia satu Pilihan Raya Umum yang sangat penting kerana telah memberi peluang untuk menamatkan sebuah kerajaan yang korup. Sekarang kita tidak lagi dikenali sebagai sebuah negara kleptokrasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sukar untuk membayangkan apa akan jadi kepada negara sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak bangkit menyahut seruan untuk menumbangkan kerajaan terdahulu. Kita telah dapat mengelakkan malapetaka kewangan yang hanya menanti masa untuk berlaku sekiranya skim penipuan untuk melindungi kesalahan-kesalahan 1MDB tidak ditemui dan dibetulkan,” kata beliau dalam ucaptamanya pada pelancaran ‘Invest Malaysia 2019’, di sini hari ini.

Mahathir yang juga pengerusi PH berkata, dalam tempoh sepuluh bulan pentadbirannya, kerajaan menyedari sepenuhnya perasaan rakyat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini