Pegawai kanan SSM direman bantu siasatan skandal projek RM30 juta - Utusan Malaysia

Pegawai kanan SSM direman bantu siasatan skandal projek RM30 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung skandal projek melibatkan suruhanjaya itu yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Turut ditahan reman bagi tempoh sama ialah dua pengarah syarikat teknologi maklumat (IT) terkemuka di ibu negara.

Suspek yang berumur 44 hingga 56 tahun ditahan reman bermula hari ini sehingga 23 Mac depan selepas Majistret Tuan Ahmad Asyraf Mohammad Kamal membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada pukul 9.20 pagi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

SPRM semalam menahan tiga individu kerana disyaki terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah berkenaan projek melibatkan SSM yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam di pejabat dan rumah mereka di sekitar Petaling Jaya, Selangor serta ibu negara.

Katanya, pegawai kanan berpangkat pengarah itu dikatakan telah bersubahat dengn dua syarikat IT terbabit bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ujarnya, dua pengarah syarikat terbabit pula dipercayai telah mengaut keuntungan dengan melakukan perkhidmatan perisian tanpa mengikut peraturan SKMM.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini