Chong Wei 50-50 - Utusan Malaysia

Chong Wei 50-50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Peluang peminat untuk menyaksikan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei beraksi dalam Terbuka Malaysia, bulan hadapan masih 50-50 kerana keputusan mengenainya hanya akan diketahui esok.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberitahu, keputusan sama ada pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu akan beraksi pada kejohanan Super 750 itu belum diketahui dan beliau berharap peminat tidak terlalu meletakkan harapan tinggi.

“Chong Wei berangkat ke Taiwan semalam dan hari ini dia sudah menjalani pemeriksaan serta ujian berkaitan namun dia hanya akan bertemu dengan doktor esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan sama ada dia akan beraksi atau tidak hanya akan diketahui esok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Peluang sama ada jaguh negara berusia 37 tahun itu untuk beraksi dalam kejohanan bernilai AS$700,000 (RM2.86 juta) itu masih samar kerana dia perlu mendapatkan lampu hijau daripada doktor yang merawatnya di Taiwan.

Chong Wei sebelum ini berehat panjang bagi menjalani rawatan kanser hidung yang dihadapinya dan merancang untuk kembali beraksi secara kompetitif dalam di Terbuka Malaysia selepas gagal untuk beraksi di All England, sebelum ini.

Bekas pemain No.1 dunia itu juga giat menjalani latihan harian bagi memperbaiki kekuatan fizikal bagi membolehkannya kembali beraksi untuk kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Mei ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini