Mangsa samun maut dipukul dua lelaki - Utusan Malaysia

Mangsa samun maut dipukul dua lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang wanita berusia 42 tahun maut disyaki akibat dipukul dan disamun di hadapan rumahnya di Felda Sendayan dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, mangsa dipercayai dipukul dan disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

“Cawangan Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban terima maklumat kira-kira pukul 9.25 malam memaklumkan seorang perempuan India meninggal dunia di hadapan sebuah rumah di Felda Sendayan.

“Hasil siasatan awal pihak polis mengesyaki mangsa dipukul dan disamun oleh dua suspek lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

“Barang mangsa yang disamun adalah dua utas rantai emas dan satu beg sandang dengan anggaran kerugian kira-kira RM4,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, berikutan itu polis bertindak menahan dua lelaki masing-masing berusia 55 dan 34 tahun di sebuah lokasi di sini malam tadi bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kedua-dua lelaki berkenaan sedang ditahan di lokap Seremban. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×