PUTRAJAYA 6 Mac – Kos keseluruhan bagi kesemua pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah sebanyak RM15.3 juta.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, jumlah itu merangkumi tujuh PRK iaitu Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson, Cameron Highlands, Semenyih dan yang terbaharu, Rantau.
“Peruntukan bagi enam PRK dan termasuk di DUN Rantau ini semua berjumlah RM15,348,733,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas berhubung PRK Rantau di sini hari ini.
Berita berkaitan:
PRK Rantau yang akan diadakan pada 13 April depan dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.8 juta.
Sementara itu, ditanya berhubung isu kain rentang didakwa mempunyai unsur provakasi, Azhar berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan terhadap perkara berkenaan. – UTUSAN ONLINE











