GPMS sambut baik cadangan perkasa NGO belia - Utusan Malaysia

GPMS sambut baik cadangan perkasa NGO belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyambut baik cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memperkasa dan mengembalikan suara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia di seluruh negara.

MOHD. ALIF MD. NOOR
MOHD. ALIF MD. NOOR

Setiausaha Agungnya, Mohd. Alif Anas Md. Noor walau bagaimanapun berkata, GPMS sangat terkesan dengan gelaran kurang enak terhadap NGO belia yang digunakan oleh Syed Saddiq sewaktu perbahasan berkenaan.

“Walau bagaimanapun GPMS melihat polemik gelaran kurang enak ini sebagai satu rahmat bagi semua belia-belia di Malaysia sama ada mereka berpersatuan atau tidak.

“Kita percaya polemik ini juga sedikit sebanyak menjadi satu ‘loceng peringatan’ kepada semua NGO pertubuhan belia untuk lebih cakna akan perubahan yang berlaku di era Malaysia baharu ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN