Madrasah Pondok Hasaniah Islamiah terima sumbangan - Utusan Malaysia

Madrasah Pondok Hasaniah Islamiah terima sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING 2 Okt. – Seramai 30 pelajar tahfiz Madrasah Pondok Hasaniah Islamiah, Felda Tenggaroh 5 dekat sini menerima kunjungan serta sumbangan ikhlas Unit Kuliah Dhuha, Biro Pendidikan Masjid Jamek, Kota Tinggi.

 

Pengerusinya, Siti Ainon Amid, 51, berkata, aktiviti amal tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) unit persatuan berkenaan untuk menyantuni golongan pelajar madrasah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Menurutnya, sumbangan diberi dalam bentuk keperluan asas harian seperti bahan mentah dan juga wang tunai yang sumbangan ahli-ahlinya.

 

“Walaupun sumbangan yang diberikan tidak besar tetapi diharap dapat membantu memenuhi keperluan pusat dan pelajar berkenaan.

 

“Inisiatif tersebut juga adalah untuk mendekatkan kami kepada pusat-pusat tahfiz yang memerlukan bantuan dan diharapkan akan menjadi contoh kepada yang lain,” katanya ditemui di sini hari ini.

 

Sumbangan diserahkan kepada penaung merangkap pengasas madrasah tersebut, Ustaz Shahrul Rizal Mohd Sati.

 

Rombongan yang disertai seramai 100 orang itu turut disertai ahli kariah daripada Unit Fardu Ain dan Umairah.

 

Sementara itu, pengasas madrasah itu, Shahrul Rizal terharu dengan kehadiran perkumpulan yang datang membawa buah tangan dan berharap usaha murni itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

 

“Pihak kami mengalu-alukan mana-mana syarikat atau pun pertubuhan bukan kerajjaan (NGO) dapat menghulurkan sumbangan untuk keperluan pusat ini,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, pada masa ini madrasah itmempunyai lapan kakitangan serta 30 pelajar yang berusia 9 hingga 20 tahun yang kebanyakannya dari Pasir Gudang dan Johor Bahru selain anak penduduk setempat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini