Mamogram 3D berupaya kesan ketumbuhan kecil - Utusan Malaysia

Mamogram 3D berupaya kesan ketumbuhan kecil

SALAH faham mengenai pemeriksaan mamografi seperti sakit antara faktor wanita takut melakukan pemeriksaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di negara berpendapatan tinggi, sembilan daripada 10 pesakit kanser payudara dapat hidup sehingga 10 tahun.

Namun purata keseluruhan di Malaysia jauh lebih rendah dengan lima daripada 10 pesakit dapat hidup sehingga tempoh tersebut.

Dana Kajian Kanser Sedunia meramalkan peningkatan kes kanser payu dara berlaku akibat sikap sambil lewa wanita.

Takut sakit dan malu bercakap mengenai ‘benda itu’ anda alasan kanser payudara dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Lebih menakutkan apabila kajian dilakukan Perpustakaan Perubatan Negara Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat, wanita Asia cenderung mempunyai tisu yang lebih padat pada payudara berbanding wanita Kaukasia.

Ia menyebabkan kanser payudara dalam kalangan wanita tempatan mungkin agak sukar dikesan menerusi mamogram dua dimensi.

Timbalan Presiden serta Pengurus Besar Hologic ke rantau Asia Tenggara, Linda Seah berkata, mamogram tiga dimensi (3D), sebaliknya mampu mengesan ketumbuhan sekecil satu milimeter tidak kira di mana ia ‘bersembunyi’ dalam tisu payudara.

Ia menggunakan sinar-x dos rendah bagi menunjukkan gambar payudara di skrin digital.

“Ia mengimbas pelbagai sudut dan mengambil ‘potongan’ sinar-x merentasi payudara bagi menjamin imbasan menyeluruh. Ketepatan diperoleh membantu pakar mengesan kanser lebih mudah, walaupun pada tisu paling padat,” katanya.

Menerusi teknologi terkini dan peningkatan taraf pendidikan mengenai pencegahan kanser payudara, wanita seharusnya mengambil langkah segera menjalani pemeriksaan secara berkala.

“Sematkan dalam minda bahawa jika pencegahan ini dapat dilakukan di peringkat awal, dapat mengurangkan keraguan dan keresahan mengenai kanser payudara serta proses diagnosisnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×