PDRM umum pertukaran tujuh pegawai kanan - Utusan Malaysia

PDRM umum pertukaran tujuh pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan kenaikan dan pertukaran jawatan tujuh pegawai kanannya yang berkuat kuasa pada 21 Oktober ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran tersebut melibatkan Ketua Databank DNA, Makmal Forensik PDRM, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan menjadi Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

“Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Kedah, Dr. Zainal Abidin Sabtu pula akan menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Agensi Keselamatan Sempadan Kementerian Dalam Negeri.

“Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Tampoi, Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang pula menjadi Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/Teknikal Eastern Sabah Security Command, Jabatan Perdana Menteri dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmawati menambah, Ketua Polis Daerah Temerloh, Pahang, Asisten Komisioner Zundin Mahmood ditukarkan menjadi Ketua JPJKK Pulau Pinang dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner manakala jawatan terdahulunya akan diambil oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan/Operasi Kontinjen Pahang, Superintendan Mohd. Yusri Othman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kontinjen Negeri Sembilan, Deputi Superintendan Amran Mohd. Gani pula akan menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan memangku pangkat Superintendan.

“Deputi Superintendan Bahagian Latihan Bukit Aman, Deputi Superintendan Zulkifli Mahmood pula ditukarkan menjadi Komandan Pusat Latihan Marin Tampoi, Johor,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×