Pas kena jual Mercedes-Benz beli kereta Proton, barulah boikot Israel namanya

Pas kena jual Mercedes-Benz beli kereta Proton, barulah boikot Israel namanya

CHONG ZHEMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP mencadangkan supaya Pas menjual semua 14 kereta mewah Mercedes-Benz milik Kerajaan Negeri Kelantan sebagai langkah memboikot Israel dan membeli jenama kereta tempatan, Proton. 

Chong Zhemin [PH-Kampar] berkata, isu pemboikotan penggunaan kereta mewah itu akan selesai ketika Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memberitahu tidak semua perkara boleh diboikot hanya kerana ada syarikat memihak kepada Israel. 

“Saya mahu beri jalan penyelesaian, esok jual semua 14 Mercedes-Benz, beli kereta Proton. Siap. Cerita habis. Ada yang kata, boikot itu kalau sudah beli…pakai, jangan buang. Tapi, saya nak tanya negeri Kelantan, Mercedes itu kena selenggara atau tidak? 

“Kalau minyak hitam nak tukar alat ganti jika rosak macam mana? (Duit) masuk Mercedes-Benz, siapa bayar? Pas bayar. Pas bayar Mercedes-Benz kemudian bayar bagi Israel. 

“Itu secara tidak langsung duit itu pergi ke Israel. Jadi, kalau nak boikot, boikot sepenuhnya, jangan pilih kasih,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Dewan Rakyat, semalam.  

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap hujahan Ahmad Fadhli kelmarin di Dewan Rakyat terdapat sesetengah produk tidak boleh diboikot hanya kerana syarikat pengeluarnya memihak kepada Israel termasuklah pengeluar kereta Mercedes-Benz. 

Ahmad Fadhli berkata, selagi sesuatu produk itu boleh diboikot, maka, adalah wajar untuk semua pihak memboikotnya melainkan barangan keperluan seperti media sosial dan telefon bimbit, iPhone. 

“Boikot ini kita buat dengan rasa hati, kita laksana dengan kesedaran rasa hati kita. Ada perkara kita tidak mampu mahu boikot, macam pengguna iPhone dan Facebook. 

“Tetapi, apa yang boleh kita boikot, kita buat. Tidak boleh buat semua jangan tinggal semua dan jangan perlekeh orang yang melaksanakan boikot kepada barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang sokong Israel,” katanya.

Zhemin baru-baru ini menggesa pembangkang khususnya di Kelantan supaya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam memboikot pihak yang menyokong zionis Israel termasuk tidak menggunakan kenderaan mewah Mercedes-Benz. 

Hal itu susulan Mercedes-Benz sebelum ini telah mendermakan wang sebanyak RM1 juta euro (RM5 juta) kepada Israel. Beliau menyeru pembangkang supaya memboikot kesemua perkara dan tidak tertumpu kepada produk-produk tertentu sahaja. 

Pada 16 Januari 2020, media melaporkan, kerajaan negeri Kelantan mengakui membeli 14 kereta mewah Mercedes-Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan Exco.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika itu berkata, pembelian kenderaan itu dilakukan sejak 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya