MUKADIMAH
MESKIPUN gagal menghadiahkan emas buat kontinjen negara pada Sukan SEA Vietnam bulan lalu, Queenie Ting tetap unggul memecah rekod kebangsaan dalam acara lempar cakera wanita.
Atlet kelahiran Sarawak yang mencatat lemparan 52.36 meter (m) itu berjaya memperbaiki warna pingat yang diraih di Manila pada 2019 daripada gangsa kepada perak.
Kini, penuntut Universiti Putra Malaysia itu dalam misi memburu kejayaan pada Sukan Universiti Asia (AUG) yang dijadual hujung bulan depan di Thailand, di samping meneruskan momentum untuk melayakkan diri secara merit ke Sukan Asia 2022 yang ditangguhkan.
Bersama wartawan Mingguan Malaysia, Nor Liyana Tarmizi, TANYA JE…mengupas sisi peribadi gadis berusia 24 tahun itu.
Jika diberi peluang untuk bercuti bersama artis Kpop, siapa pilihan anda?
Lee Je-hoon.
Masakan Melayu paling disukai dan teringin nak belajar masak?
Ayam masak merah, Nasi Kerabu dan Nasi Lemak! Saya paling suka sambal nasi lemak
Jus buah kegemaran?
Jus lobak merah susu kurang manis.
Sukan apa yang akan anda sertai jika anda bukan seorang atlet lempar cakera?
Pemain pingpong.
Anda lebih rela dikejar haiwan apa, buaya atau harimau bintang?
Buaya, sekurang-kurangnya tak dapat panjat tempat tinggi dan pokok.
Drama Korea yang paling suka ditonton?
Taxidriver, HiBye, Mama!, Descendants of The Sun, My love From The Star. Banyak sangat sebenarnya yang suka!
Jika diberi peluang menghubungi seorang jutawan dunia untuk selamatkan anda, siapa yang akan telefon?
The Rock! (Dwayne Johnson).
Berapa tangkai bunga diperlukan untuk memikat hati anda?
Sejambak bunga mawar berwarna ungu.
Tom Cruise atau Jay Chou?
Tom Cruise.
Jika diberi pilihan, anda mahu kereta, makan atau masa berehat?
Kereta, kereta yang mewah dan boleh bawa keluarga berjalan-jalan.















