Harimau Malaya positif intai slot ke Piala Asia

Harimau Malaya positif intai slot ke Piala Asia

Pertahanan skuad kebangsaan, Shahrul Saad yakin peluang skuad Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya kini berada di landasan tepat untuk meraih slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 tahun depan.

Keyakinan ini disuarakan pertahanan skuad kebangsaan, Shahrul Saad berdasarkan persiapan rapi diaturkan Harimau Malaya menjelang aksi Kumpulan E menentang Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil bulan depan.

Tegasnya, tiada apa yang perlu digeruni pemain negara memandangkan persiapan kali ini telah diatur dengan lebih rapi oleh barisan kejurulatihan selain tempoh masa juga agak panjang.

“Saya anggap peluang untuk kita meraih keputusan positif pada kelayakan Piala Asia nanti agak cerah kerana kali ini kita telah dikumpulkan dalam kem latihan pusat lebih awal.

“Malah, pasukan juga telah mengatur dua aksi persahabatan yang membolehkan barisan pemain lebih bersedia sebelum mengharungi perlawanan peringkat kumpulan nanti.

“Saya percaya kita tidak perlu gerun dengan mana-mana pasukan selain berusaha untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri kerana mereka mungkin tidak biasa dengan faktor cuaca di negara kita,” ujarnya.

Skuad negara kendalian Kim Pan-gon kini sedang giat melakukan persiapan bagi mengharungi aksi Kumpulan E kempen kelayakan Piala Asia 2023.

Namun sebelum tiga perlawanan tersebut, Malaysia akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Brunei pada 27 Mei 2022 dan Hong Kong pada 1 Jun 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×