Untung bersih Hartalega melonjak 11.8 peratus kepada RM3.23 bilion

Untung bersih Hartalega RM3.23 bilion

HARTALEGA mencatatkan keuntungan selepas cukai lebih tinggi berjumlah RM32 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2024.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Untung bersih Hartalega Holdings Berhad untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 melonjak 11.8 peratus kepada RM3.23 bilion berbanding RM2.8 bilion tahun lalu didorong oleh pendapatan yang tinggi berjumlah RM7.89 bilion.

Menurut Hartalega, pendapatan bagi tahun kewangan 2022 meningkat kepada RM7.89 bilion berbanding RM6.7 bilion pada tahun sebelumnya manakala pendapatan sesaham berada pada paras 94.64 sen berbanding 84.43 sen pada tahun lalu.

Bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022, kumpulan itu mengalami kerugian RM189.7 juta, terutamanya disebabkan peruntukan untuk membayar Cukai Makmur.

Untung sebelum cukai mencecah RM218.4 juta manakala hasil sebanyak RM968.7 juta telah dicatatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong berkata, prestasi itu dicapai berikutan harga jualan purata (ASP) yang kembali normal serta jumlah jualan semakin rendah, di samping kos operasi lebih tinggi.

“Kami meramalkan prospek tetap cerah bagi tahun kewangan 2023 walaupun kita bakal memasuki fasa endemik. Bagi sektor sarung tangan, ASP semasa dilihat telah mencapai tahap terendah dan pembukaan sempadan antarabangsa dan pelonggaran sekatan perjalanan dijangka meredakan masalah kekurangan pekerja, seterusnya membawa manfaat kepada Hartalega.

“Bagi memenuhi pertumbuhan permintaan, syarikat terus meningkatkan kapasiti menerusi Kompleks Pengilangan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC).

“Proses peluasan NGC 1.5 kini sedang berjalan lancar dan kami menetapkan sasaran untuk beransur-ansur membuka barisan pengeluaran pertama pada suku keempat 2022.

“Kepantasan pembukaan NGC 1.5 bergantung kepada situasi pasaran pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, kumpulan terus menghadapi tekanan luaran, termasuk konflik Rusia-Ukraine yang masih berlarutan, dan perintah kawalan pergerakan di beberapa bandar raya utama di China ekoran penularan kes Covid-19.

“Itu bakal menjejaskan lagi rantaian bekalan global yang sudah pun menghadapi kekangan ketara, dan mencetus kenaikan harga komoditi dan bahan mentah global.

“Pelaksanaan dasar gaji minimum baru-baru ini di Malaysia dijangka mengakibatkan kos operasi lebih tinggi dalam sektor pembuatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×