ATLAS Vending telah melancarkan cawangan Minit Mart di Caltex KESAS

ATLAS Vending lancar Minit Mart

Amy Gan di hadapan kedai runcit layan diri Minit Mart oleh ATLAS Vending yang dilancarkan, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ATLAS Vending, pembekal mesin layan diri F&B terbesar di Malaysia, sedang mengembangkan potensi peruncitan automatik di Malaysia dengan pelancaran Minit Mart, konsep baharu kedai runcit layan diri automatik sepenuhnya.

Bagi merasmikan subjenama Minit Mart itu, ATLAS Vending telah melancarkan cawangan Minit Mart di stesen Caltex di Lebuhraya KESAS dan Bandar Utama serta di stesen KLIA Transit Salak Tinggi.

Ketua Pemasaran dan Perniagaan Sokongan ATLAS Vending, Amy Gan berkata, memandangkan sempadan telah dibuka semula dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, syarikat menjangka bilangan pengguna jalan raya dan pengembara akan melonjak tidak lama lagi.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk memperkenalkan Minit Mart di stesen Caltex dan stesen KLIA Transit untuk memberikan pengalaman menggunakan Minit Mart kepada warga Malaysia, di mana mereka boleh mencuba transaksi pembelian pantas yang dipertingkatkan, semasa perjalanan balik kampung.

“Kami percaya Minit Mart akan menjadi tajuk perbualan hangat, lalu meningkatkan penerimaan bagi konsep runcit automatik ini, yang seterusnya membantu menarik minat di kalangan pemilik perniagaan untuk menggunakan Minit Mart sebagai saluran jualan,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan pelancaran konsep Minit Mart itu, ATLAS Vending sedang berusaha mengembangkan rangkaian kedai itu ke lebih banyak lokasi yang menjadi tumpuan ramai pengguna sepanjang masa, seperti kompleks komersial dan pejabat, hospital dan klinik 24 jam, kompleks kediaman, pusat beli-belah, institusi pendidikan serta hab pengangkutan lain.

“ATLAS Vending menyasar untuk menyediakan kemudahan Minit Mart di 50 lokasi di seluruh Malaysia menjelang 2023,” katanya.

Menurut syarikat itu, selaras dengan komitmennya untuk meningkatkan kelestarian, semua struktur Minit Mart akan diperbuat daripada keluli kitar semula sepenuhnya.

Ia juga dilengkapi dengan ciri penjimatan tenaga, di mana 40 peratus tenaga yang digunakan untuk penyejukan dikurangkan dengan memotong penggunaan pemampat dan mengekalkan penyejukan melalui sistem penebat semasa waktu luar puncak, dan mengurangkan 50 peratus tenaga yang digunakan untuk pencahayaan dengan mematikan kotak lampu dari 7 pagi hingga 7 malam setiap hari menggunakan pemasa.

Selain itu, semua cawan kertas yang digunakan di kedai Minit Mart diperbuat daripada kertas yang diperoleh dengan cara bertanggungjawab dan diperakui FSC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×