Inovasi Kubis dan Nugget UMS diiktiraf V-AIS - Utusan Malaysia

Inovasi Kubis dan Nugget UMS diiktiraf V-AIS

Shaliza bersama Jamalee ketika majlis memeterai perjanjian di UM baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dua penyelidikan inovasi makanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih pingat gangsa pada (UMS) berjaya meraih gangsa pada pameran inovasi Virtual Asian Innovation Show (V-AIS) 2022.

Inovasi tersebut adalah CaShoots Nugget dan Bosou Kubis merupakan kerjasama erat antara pensyarah dan pelajar.

Cashoot Nuggets merupakan inovasi makanan sihat oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Interaksi Institusi dan Masyarakat (INTERIM) Seksyen 7, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), UMS.

Ia dihasilkan dengan bimbingan jurulatih Kursus INTERIM PKPP, Sakinah Ithnin sekali gus membawa nama UMS berada di kelompok tiga terbaik dalam kategori
Pelajar Universiti/Kolej daripada 87 peserta yang mengambil bahagian.

Manakala, Bosou Kubis yang juga merupakan makanan tradisi masyarakat tradisi Kadazan Dusun Sabah diterajui Pensyarah Kanan FSSK merangkap Pengarah PKPP, Dr. Jurry Foo @ Jurry Michael dan Pensyarah Kanan FPEP merangkap Timbalan Pengarah PKPP, Dr Sharifah Rahama Amirul serta Lahangan Lakim dari komuniti setempat.

Anugerah tersebut diraih menerusi kategori Ahli Akademik dan Industri yang menyaksikan 67 peserta mengambil bahagian.

Berlangsung selama dua hari secara dalam talian, V-AIS 2022 diadakan bertujuan mencari penyelesaian inovatif, kos efektif dan praktikal untuk halangan berkaitan kebolehcapaian dalam komuniti.

Ia terbahagi kepada tiga kategori termasuk kategori Sekolah Rendah dan Menengah yang menyaksikan penyertaan lebih 200 peserta negara Asia dalam kesemua kategori yang dipertandingkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×