Oldtown White Coffee kembangkan sistem perniagaan francais

Oldtown rancang pakej francais baharu

OLDTOWN White Coffee merancang mengembangkan perniagaannya dengan membuka 30 cawangan baharu pada tahun ini. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Oldtown White Coffee akan mengembangkan sistem perniagaan francaisnya dengan membangunkan pakej francais baharu dengan modal kurang daripada RM50,000 dan RM100,000 ke pasaran global.

Pengembangan ini selaras dengan perancangan syarikat untuk membuka 30 cawangan baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Oldtown White Coffee, Dawn Liew berkata, pakej baharu itu juga dibangunkan sebagai tanda sokongan kepada hasrat kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada golongan B40 dan M40.

Ujarnya, pakej francais baharu yang dilancarkan semalam bakal memasuki pasaran pada sukuan keempat 2022.

“Para pengunjung turut berpeluang untuk menyaksikan prototaip bagi Pakej Perniagaan Francais Mikro (Mesin layan diri) dan Mampu Milik (Oldtown Express) di Oldtown Kopitiam Carnival yang dianjurkan di Sunway Pyramid bermula 15 hingga 20 Mac ini.

“Selain itu, program ini juga turut menyaksikan sesi menandatangani perjanjian francais bernilai RM2.9 juta antara Oldtown White Coffee bersama enam  francaisi baharu yang akan membuka cawangan Oldtown di IOI City Mall, kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, Kedah Digital Library dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid ketika melancarkan Oltown Kopitiam Carnival berkata, program karnival sebegini merupakan antara strategi pemasaran yang bagus untuk mempromosikan jenama Oldtown kepada masyarakat umum.

“Usaha yang diambil oleh Oldtown ini merupakan salah satu contoh bagaimana semua pihak berganding bahu untuk membantu menggerakkan ekonomi negara.

“KPDNHEP sentiasa komited untuk meletakkan industri francais sebagai sektor utama yang memberi impak yang tinggi kepada pembangunan perniagaan perdagangan dalam negeri dengan mencipta peniaga-peniaga baharu melalui pelantikan francaisi yang seterusnya menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan serta memberi nilai tambah kepada pengguna.

“Selain itu, Kementerian juga ingin memastikan industri francais ini akan menjadi salah satu sektor utama yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia,” ujarnya.

Program selama enam hari itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pelancaran menu baharu, demo masakan, pameran produk Oldtown dan banyak lagi.

Antara menu baharu adalah Coffee Crumbles Freezy (Freezy Taburan Kopi), Chocolate Pops Freezy (Freezy Coklat Pop), Red Bean Sesame Freezy (Freezy Bijan Kacang Merah), Aiskrim perisa bijan, Cendol Kopi Putih dengan Ais Krim, Ayam Kukus dengan Bebola Nasi dan Ayam BBQ dengan Bebola Nasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×