Nornekman, Osman ideologi berbeza

Nornekman, Osman ideologi berbeza

Ramlee Bohani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ramlee Bohani tidak menganggap Nornekman Osman dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebagai pencabar sengit walaupun lawannya itu merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Johor.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ramlee berkata, beliau tidak nampak persamaan Nornekman yang memperjuangkan ideologi Pejuang berbanding Allahyarham Osman dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebaliknya, Pengarah Strategik UMNO Johor itu yakin pengalamannya berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sejak 2005 dapat memikat pengundi, sekali gus menyokongnya untuk menang di DUN tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun Nornekman bertanding di DUN kempas (yang dilihat) mewarisi delegasi ayahnya, arwah Datuk Osman tetapi bagi saya itu tidak menjadi cabaran begitu besar.

“Selain seorang dari Bersatu dan satu lagi dari Pejuang, saya juga tidak nampak ada hubung kait antara perjuangan ayah dengan anak untuk dia (Nornekman) pertaruhkan diri dalam pilihan raya ini,” katanya ditemui di sini, semalam.

Kerusi DUN Kempas menyaksikan persaingan tujuh penjuru termasuk penyertaan tiga calon Bebas pada pengundian 12 Mac ini.

Selain Ramlee dan Nornekman, pencabar lain ialah Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, Nur Faizal Abdullah (Perikatan Nasional) serta tiga dari Bebas iaitu Mohd. Azwan Abd Rahman, Hambali Munadi dan Mohd. Suhimi A. Rahman.

Ramlee yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tewas kepada Allahyarham Osman dengan majoriti 9,178 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN