Covid-19 kembali meningkat 27,179 kes, 43 kematian

Covid-19 kembali meningkat 27,179 kes, 43 kematian

Dewan Pusat Pemberian Vaksin Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, semalam lengang berikutan masih ramai penerima vaksin yang enggan mendapatkan dos penggalak. – utusan/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 27,179 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dengan 43 kematian, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 20 daripadanya sudah meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Katanya, pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula meningkat 286 kes berbanding 272 kes sebelumnya.

Menurut Dr. Noor Hisham, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula naik 180 kes berbanding 164 kes, Isnin lalu.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan peningkatan kepada sembilan kluster berbanding Isnin lalu, empat kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,732 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini meningkat sebanyak 505 kluster berban­ding jumlah kelmarin, 500 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,227 kluster berbanding 6,223 kluster sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 172 kes bersamaan 0.63 peratus daripada 27,179 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 27,007 kes bersamaan 99.37 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 172 kes kategori tiga, empat dan lima, 51 kes atau 29.65 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 91 kes atau 52.91 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19; 30 kes atau 17.44 peratus telah menerima dos penggalak dan 67 kes atau 38.95 peratus berumur 60 tahun dan ke atas.

“Selain itu, 93 kes atau 54.07 peratus mempunyai komorbid dan enam kes atau 3.49 peratus ibu mengandung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×