Dahulu saya rasa terumbang ambing – Danial Chuer - Utusan Malaysia

Dahulu saya rasa terumbang ambing – Danial Chuer

Danial Chuer.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN semua anak seni hidupnya senang. Baru atau lama, semua berdepan cabaran tersendiri demi menempatkan diri dalam industri yang serba kecil ini.

Begitu juga ceritanya dengan penyanyi berbakat besar dan juga peserta Big Stage 2022, Danial Chuer, 21.

Anak kelahiran Tawau Sabah ini mengakui, sukar menjadi anak seni.

Seawal usia 12 tahun, penyanyi bersuara lunak ini lalui kepayahan itu. Demi citacita, Danial redah jalan yang satu.

“Nak jadi penyanyi bukan mudah. Saya ada cerita saya sendiri. Dahulu saya rasa terumbang ambing, berpindah pindah syarikat rakaman.

“Ada masa, saya sangkakan percubaan saya berhasil. Mungkin ramai akan rasai kehadiran saya dalam industri. Tetapi end up, tidak menjadi,” katanya.

Kata Danial, antara pengorbanan paling besar adalah meninggalkan sementara persekolahan demi mengembang luas kerjaya
sebagai penyanyi.

Pastinya buat anak muda ini, situasi itu cukup menduga. Terpaksa memilih, antara impian dan persekolahan.
Namun Danial bulatkan hati.

Merantau jauh ke ibu negara, menangguh sementara pembelajaran demi impian.

“Beberapa bulan saya tangguh persekolahan. Saya pergi ke Kuala Lumpur sertai Idola Kecil musim ke-6.

“Ketika itu saya berusia 13 tahun. Tinggal di ibu kota dengan keluarga angkat di sini. Saya belajar hidup berdikari.

“Tetapi selepas itu, saya pulang ke Tawau. Sambung semula persekolahan saya di sana,” katanya lagi.

Tekad dan kemahuan Danial cukup menebal. Dia bijak mencari peluang. Pertandingan
demi pertandingan. Dalam hidup, putus asa itu bagaikan
tiada.

Idola Kecil, Idola Kecil Ultra, I Can See Your Voice Malaysia dan Vokal Mania. Kini, Big Stage pula. Semua disertainya.
Terbukti, keinginannya menggunung.

“Selepas menyertai I Can See Your Voice Malaysia, saya nampak hala tuju. Saya sertai label baru dan masuk lebih banyak pertandingan.

Saya merasakan kehadiran saya dirasai semula.

“Ramai yang kata, saya Danial Chuer yang dahulunya masih kanak-kanak ketika menyertai Idola Kecil.

Kini sudah dewasa,” ceritanya.

TIDAK LUPA DARATAN
Sebagai seseorang yang dikenali, Danial tidak lari dari kritikan. Penyanyi ini dikatakan lupa daratan, hanya kerana bercakap dialek Semenanjung.
Disoal tentang perkara itu, Danial mena kan. Tidak langsung dia lupa asal usul.

Cuma katanya, percakapan perlu disesuaikan mengikut tempat dan keadaan. Bahkan, kalau dengan rakan-rakan lain yang berasal dari negeri sama,
kami akan bertutur dalam dialek Sabah.

“Bukan tidak mahu bertutur dalam dialek Sabah.

Tetapi saya hanya mahu memudahkan komunikasi. Bahkan, kalau dengan berasal dari negeri sama, kami akan bertutur dalam
dialek Sabah. Contoh seperti Elica Paujin, yang juga bersama-sama saya menyertai Big Stage,” katanya.

Kata Danial dakwaan dia lupa asal usul itu tidak benar. Jadi harapannya agar orang tidak menilai luaran
atau berdasarkan pandangan mereka semata-mata.

“Kalau saya cakap Semenanjung, itu bermaksud saya ingin memudahkan komunikasi. Agar masyarakat di sini faham apa yang tuturkan.

“Pernah saya kekalkan dialek Sabah ketika bercakap dengan rakan-rakan dari semenanjung. Rata-rata
mereka gagal memahami apa yang perkatakan.

“Jadi lebih baik saya sesuaikan cara percakapan mengikut keberadaan saya. Lebih mudah orang lain
untuk fahami apa yang saya cakapkan,” jelasnya.

RUJUK KARYA NEGARA SEBERANG
Sebagai penyanyi, penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang muzik ini mengakui dia banyak mendengar karya penyanyi-penyanyi Indonesia
sebagai rujukan.

Namun, katanya itu tidak bermakna dia bersikap berat sebelah dan tidak mendengar langsung muzik Malaysia.

Bagi Danial, setiap penyanyi ada sumber inspirasi mereka. Ada yang menyanjung tinggi muzik Barat dan ada juga yang menggemari muzik yang datang dari negara-negara lain.

Namun baginya, muzik Indonesia kekal rujukannya.

“Bila menulis lagu, saya akan rujuk Erwin Gutawa atau Melly Goeslaw. Saya dengar lagu-lagu mereka. Jadikan
inspirasi.

“Tetapi walaupun rujukan Indonesia, saya tidak ikut 100 peratus. Saya ubah susunan, kod dan instrumen” katanya.

Tambah Danial lagi, bukan mudah mendapatkan keaslian atau originality lebih-lebih lagi pada masa kini. Namun, sebagai penyanyi, itu adalah
perkara yang perlu dititik beratkan dalam sesebuah karya.

“Keaslian boleh dicari. Tetapi perlukan banyak kajian dan pencarian.

“Saya suka mencari kelainan. Sebenarnya, banyak bunyibunyian yang belum kita temukan.

“Saya ini seorang yang suka bereksperimentasi dengan bunyi dan rentak.

Bagi saya itu penting untuk kita temukan sesuatu muzik yang baru,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×