Iran didakwa tolak jemputan rundingan damai AS - Utusan Malaysia

Iran didakwa tolak jemputan rundingan damai AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN 4 Ogos – Iran mengesahkan telah menolak tawaran daripada Amerika Syarikat (AS) untuk mengadakan rundingan susulan ketegangan antara kedua-dua negara dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

Lapor al-Jazeera, kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Iran, Ali Rabiei hari ini hadir selepas majalah New Yorker melaporkan Senator AS, Rand Paul yang bertindak atas kebenaran daripada Presiden Donald Trump, telah menghantar jemputan kepada Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif ketika lawatannya ke New York bulan lalu.

Mohammad Javad memaklumkan kepada Pual bahawa keputusan sama ada untuk menerima atau menolak jemputan berkenaan adalah terpulang kepada kerajaan Iran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendedahan mengenai jemputan itu tercetus beberapa hari sebelum AS mengenakan sekatan terhadap Mohammad Javad kerana mempunyai kaitan dengan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dan bertindak sebagai ‘Menteri propaganda, bukannya Menteri Luar’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini