Rojak memang ada macam-macam, tapi kuahnya tetap satu - Utusan Malaysia

Rojak memang ada macam-macam, tapi kuahnya tetap satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADA yang menyebut Malaysia ini umpama rojak. Kiasan itu memandangkan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum dengan budaya masing-masing yang bebas diamalkan tanpa sekatan.

Malah tahap kepelbagaian Malaysia ini hinggakan sistem sekolah pun ada pelbagai aliran. Satu seumpamanya di dunia barangkali.

Sedangkan di dunia ini bukan hanya Malaysia negara pelbagai kaum, banyak lagi. Oleh kerana dasar asimilasi diamalkan seperti negara jiran sekitar Malaysia, ciri-ciri kepelbagaian mereka itu kurang menonjol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Malaysia walaupun tidak mengamalkan dasar serupa seperti Thailand dan Indonesia misalnya, kepelbagaian ini terbukti bukan jadi masalah selama ini. Malah dari sudut positif, kepelbagaian ini dianggap satu kekuatan Malaysia berbanding negara lain.

Cumanya seperti rojak, bahannya boleh pelbagai. Sama ada tauhu, cucur, sayur, telur atau ditambah pula ayam goreng dan sotong, namun kuahnya tetap sama. Tidak pula kuah pasembur itu dicampur dengan kuah laksa, kari, sup, tomyam dan sebagainya.

Begitulah, dalam kerencaman kita, akhirnya mesti ada satu perkara yang sama. Dalam konteks bernegara, ini yang dibilang sebagai identiti kebangsaan.

Dalam Malaysia meraikan kepelbagaian ini, bahasa kebangsaan hanya satu iaitu bahasa Melayu. Justeru apabila ada usaha mengukuhkan warisan bahasa Melayu menerusi pengajaran tulisan khat di peringkat sekolah, jangan pula ada merewang jauh sampai menganggap mahu mengikis identiti kaum lain.

Jika dibaca kenyataan akhbar Kementerian Pendidikan, pengenalan kepada tulisan khat penting mengambil kira ia sebagai sebahagian daripada warisan bahasa Melayu, sejajar

dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.

Justeru dalam meraikan Bulan Kebangsaan, usahlah tumpu pada perbezaan. Bukan semua perkara boleh ada dua, tiga atau empat. Ada perkara yang tiada pilihan seperti bahasa kebangsaan. Usaha yang boleh mengukuhkannya, kenalah terbuka.

Malaysia asal-asalnya bukan terra nullius atau tanah tiada penghuni sebelum kedatangan penjajah. Jadi peliharalah sejarahnya agar perkara yang sudah diangkat sebagai identiti negara diperkukuhkan. Ini sampai geram dekat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pengajaran khat dah kenapa? -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini