Ini idea gila siapa? – Klopp - Utusan Malaysia

Ini idea gila siapa? – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Jurgen Klopp melemparkan kritikan terhadap jadual perlawanan pembuka tirai Liga Perdana Inggeris bagi musim 2019/20, apabila skuad bimbingannya, Liverpool melakukan sepak mula pada malam Jumaat (awal pagi Sabtu) ini.

Bos Kop itu ternyata berang apabila pasukan bintangnya bakal beraksi menentang pendatang baharu, Norwich di Anfield, selepas bermain dalam perlawanan terakhir musim pada final Liga Juara-Juara 1 Jun lalu.

Ini bermakna Klopp hanya mempunyai masa yang lebih singkat untuk memastikan pemain seperti Sadio Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino bersedia, selepas kesemua tonggaknya itu terbabit dalam perlawanan antarabangsa, musim panas ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami adalah pasukan terakhir yang beraksi dalam final Liga Juara-Juara pada 1 Jun lalu dan sekarang kami juga merupakan kelab pertama akan beraksi bagi musim baharu Liga Perdana Perdana Inggeris.

“Kendengarannya ia tidak seharusnya dilaksanakan seperti ini. Siapa punya idea ini? Ini gila. Saya lebih gemar jika kami beraksi dalam perlawanan pada Ahad kerana ia akan memberi kami masa dua hari tambahan bagi membuat persediaan.

“Saya melihat orang lain kelihatan teruja dan tidak sabar untuk memulakan musim baharu, tetapi tiada sesiapapun yang berasa bimbang tentang masalah yang bakal timbul. Sebab itu saya perlu menerangkan mengenai perkara ini kerana tiada siapa yang perasan.

“Perlawanan terakhir kami ialah menentang Tottenham dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara iaitu kira-kira tiga minggu selepas semua orang bermain dalam perlawanan terakhir mereka pada Liga Perdana.

“Dan saya pula terpaksa berdepan masalah pra-musim kerana ada pertandingan besar di Brazil dan Mesir. Ini bermakna Sadio Mane hanya akan kembali ke pangkuan kami selepas menikmati cuti selama 16 hari,” kata Klopp.

Sebagai juara Eropah, Liverpool juga berpotensi bermain dalam 67 perlawanan, musim ini pada tujuh pertandingan berbeza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini