4 individu ditahan pinjaman tidak wujud - Utusan Malaysia

4 individu ditahan pinjaman tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Empat individu menjadi mangsa kes penipuan pinjaman wang tidak wujud semalam.

Perkara itu didedahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah yang memaklumkan dua kes berlaku di Miri, Serian (1) dan Sibu, Sarawak (1).

Memetik laporan Utusan Borneo, Mustafa Kamal berkata, kes pertama melibatkan seorang kerani bank wanita berusia 33 tahun yang mana mangsa dikatakan telah melayari laman sosial Facebook pada 26 Julai lalu dan berminat dengan satu iklan berbentuk pinjaman peribadi

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, mangsa telah menghubungi suspek dan berurusan dengan tiga lelaki dan seorang perempuan bagi pinjaman sebanyak RM30,000 dan mangsa telah membuat transaksi pembayaran sebanyak RM28,440 kepada suspek bagi proses pengeluaran pinjaman.

“Mangsa kemudiannya ingin membuat pembatalan pinjaman pada kelmarin namun dia diminta untuk membayar RM23,420 dan RM3,744 bagi bayaran pembatalan pinjaman tersebut dan kononnya duit tersebut akan dipulangkan kepada mangsa.

“Mangsa yang terperdaya telah membuat 19 transaksi pemindahan duit kepada tujuh akaun bank suspek yang berbeza daripada akaun mangsa. Jumlah kerugian mangsa adalah sebanyak RM55,604,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Mustafa Kamal memberitahu kes kedua pula melibatkan seorang jurujual, 30, di Sibu dekat sini pada 27 Julai lalu apabila dia menerima pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp mengenai jadual pembayaran semula pinjaman dari Johor Bahru atas nama sebuah syarikat pinjaman wang.

Ujarnya, mangsa dikatakan ingin membuat pinjaman untuk menyelesaikan hutang peribadinya dengan ahli keluarga.

“Dalam urusan ini mangsa bersetuju membuat pinjaman berjumlah RM20,000 dan telah menyerahkan butir-butir diri, penyata akaun bank, slip gaji dan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suspek yang tidak dikenali melalui WhatsApp.

“Pada hari sama, mangsa dimaklumkan pinjaman telah diluluskan namun diarahkan membuat beberapa pembayaran dan menyebabkan mangsa kemudiannya melakukan dua transaksi bernilai RM2,400 melalui pindahan dalam talian ke akaun bank suspek,” ujarnya.

Dalam pada itu, tambah Mustafa Kamal mangsa ketiga pula melibatkan seorang jururawat wanita berusia 26 tahun di Miri dekat sini yang mana turut terpedaya dengan syarikat pinjaman wang palsu.

“Mangsa berminat dan ingin membuat pinjaman wang bernilai RM28,000 dan bagi urusan tersebut suspek mengarahkan mangsa untuk membuat bayaran untuk proses pinjaman terlebih dahulu sebelum pinjaman tersebut diluluskan.

“Mangsa yang terpedaya telah membuat pemindahan duit ke dua akaun suspek RM9,060 dan menyedari dirinya tertipu selepas wang pinjaman terbabit tidak diterima dan gagal menghubungi suspek,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini