Tiga individu terlibat aktiviti samseng jalanan ditahan - Utusan Malaysia

Tiga individu terlibat aktiviti samseng jalanan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Polis menahan tiga pemuda yang disyaki terlibat dengan aktiviti samseng jalanan di Kilometer 10.9 sehingga 14, Lebuh Raya Persekutuan di sini awal pagi tadi.

Kesemua suspek berusia 22 hingga 27 tahun itu ditahan di kedua-dua laluan menghala ke Klang dan Kuala Lumpur dalam operasi yang bermula pukul 1 sehingga 6.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, sebelum melakukan tangkapan, pihaknya terlebih dahulu melakukan risikan dan pemantauan di lebuh raya tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada pukul 4 hingga 4.20 pagi anggota bertugas mula melakukan tangkapan terhadap tiga suspek yang disyaki,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman memberitahu, kesemua suspek dibawa ke Balai Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk siasatan lanjut dan motosikal milik mereka turut disita.

“Siasatan juga mendapati seorang daripada suspek dipercayai tidak memiliki lesen memandu,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tiga Saman Pol.257 telah dikeluarkan atas suspek. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini