Malaysian Tigers cemerlang di Barcelona - Utusan Malaysia

Malaysian Tigers cemerlang di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki negara berada di landasan terbaik menjelang kempen Kelayakan Sukan Olimpik 2020 apabila muncul juara Kejohanan Jemputan Empat Negara di Barcelona, Sepanyol, hari ini.

Malaysian Tigers dinobat sebagai juara kejohanan jemputan itu apabila menamatkan aksi selaku pendahulu liga sepusingan selepas seri 3-3 dalam aksi terakhir menentang England.

Dalam aksi hari ini, Malaysian Tigers lebih awal menguasai perlawanan sebelum England bangkit menyamakan kedudukan di saat akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua gol skuad hoki negara dijaringkan menerusi pukulan sudut penalti yang dimanfaatkan oleh Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ketiga dan Faizal Saari pada minit kesembilan manakala gol ketiga diraih hasil jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-54.

Sementara tiga gol England diperoleh menerusi pukulan sudut penalti Sam Ward pada minit ke-24, gol padang daripada Christopher Griffiths pada minit ke-34 dan jaringan pukulan sudut penalti Phil Roper pada minit ke-57.

Selepas ini Malaysia Tigers akan ke Belanda untuk aksi persahabatan bermula 6 hingga 8 Ogos di Breda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini