Tiga beradik ditahan positif dadah - Utusan Malaysia

Tiga beradik ditahan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 4 Ogos – Tiga beradik antara 35 yang diberkas dalam operasi bersepadu khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini pagi ini.

Ops ‘Ice Breaking’ dua hari itu disertai oleh anggota AADK negeri dan Setiu serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) daerah berkenaan.

Tiga beradik berumur 27, 35 dan 39 tahun itu yang kesemuanya penganggur diberkas di rumah mereka di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini pagi ini ekoran aduan orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, semasa disoal siasat, ketiga-tiganya mengaku menagih dadah kerana pengaruh kawan.

“Ketiga-tiga beradik terbabit disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 Pindaan 1998,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, seramai 35 orang diberkas sepanjang ops dua hari itu dan setelah dibuat pemeriksaan air kencing, 33 orang daripadanya termasuk tiga beradik itu positif dadah jenis methamphetamine manakala dua lagi didapati negatif.

Tambahnya, daripada 33 yang positif dadah, dua orang disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Berbahaya (ADB), lapan lagi di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB manakala 23 orang lagi direman di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983, Pindaan 1998. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini