Warga emas rugi RM2,000 diperdaya 'pegawai JKM' - Utusan Malaysia

Warga emas rugi RM2,000 diperdaya ‘pegawai JKM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Seorang wanita warga emas kerugian RM2,000 setelah diperdaya tiga termasuk seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sebuah bank di Sri Aman, Sarawak, kelmarin.

Portal Suara Sarawak melaporkan, kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi dan lebih menyedihkan, mangsa berusia 60 tahun itu bukan sahaja tidak sempat membelanjakan wang yang dikeluarkan namun turut ditinggalkan di salah sebuah rumah buruk.

Menurut sumber, pihaknya tidak mengklasifikasikan kes tersebut sebagai pukau tetapi lebih kepada penipuan oleh individu yang menyamar sebagai pegawai kebajikan palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Modus operandi hampir sama dengan beberapa kes sebelum ini yang mana mangsa diperdaya tiga pegawai kebajikan palsu yang kononnya dapat membantu mempercepatkan proses permohonan bantuan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, semalam.

Jelasnya, berdasarkan keterangan, mangsa dibawa ke sebuah rumah buruk di Taman Harmoni oleh suspek dengan alasan mangsa perlu bergambar di rumah tersebut agar kelihatan miskin.

“Untuk bergambar, mangsa diminta menanggal dan meninggalkan kesemua barang berharga di dalam kereta namun sebaik sahaja mangsa keluar daripada kereta berwarna kelabu atau perak, dia terus ditinggalkan begitu sahaja.

“Mangsa menyedari ditipu akhirnya mendapatkan bantuan penduduk di kawasan berkenaan seterusnya membawa mangsa ke Balai Polis Sri Aman,” ujarnya.

Polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini