Perbetul semula poster pelancongan tiada bahasa kebangsaan - Utusan Malaysia

Perbetul semula poster pelancongan tiada bahasa kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 4 Ogos – UMNO Perak meminta kerajaan negeri segera mengkaji dan membetulkan kesilapan pada dengan poster pelancongan Perak yang tidak menggunakan tulisan bahasa kebangsaan.

Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, poster yang hanya menggunakan tulisan bahasa Inggeris dan bahasa Cina itu tidak menggambarkan masyarakat majmuk dan kepelbagaian etnik dan budaya.

MOHD. ZOLKAFLY HARUN
MOHD. ZOLKAFLY HARUN 

Menurutnya, ini jelas menunjukkan kerajaan Perak sengaja mengabaikan kepelbagaian budaya dan etnik dengan memberikan tumpuan kepada kaum Cina sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat Perak melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan kerajaan negeri Perak yang sengaja mengabaikan bahasa kebangsaan.

“Alasan kononnya sengaja tidak meletakkan bahasa Melayu kerana ia akan menjadi poster tersebut terlalu banyak perkataan dan ia tidak kelihatan menarik. Alasan itu tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zolkafly turut mempertikaikan slogan yang digunakan dalam poster tersebut iaitu ‘Perak Where The Story Begin’.

“Perkataan ini seolah-olah ingin menceritakan kisah penghijrahan dan kejayaan kaum Cina dan kejayaan parti Dap di Perak yang berjaya memerintah negeri ini buat kali kedua,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini