Warga emas maut motosikal bertembung kereta - Utusan Malaysia

Warga emas maut motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 5 Jalan Melaka – Muar di sini pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.55 pagi itu, mangsa, Zulkeplee Keman, 64, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku selepas sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu lelaki berusia 20 tahun dari arah Muar ke Melaka telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebuah kereta jenis Perodua Viva dari arah Melaka ke Muar yang melihat kejadian itu berjaya mengelak ke kiri jalan lalu terbalik, namun motosikal yang berada di belakangnya tidak sempat mengelak dan dirempuh Waja berkenaan. 

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal tersebut meninggal dunia di tempat kejadian manakala kedua-dua pemandu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini