Liverpool hanya underdog - Klopp - Utusan Malaysia

Liverpool hanya underdog – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya perlu dilabelkan sebagai ‘underdog’ pada aksi Piala Perisai Komuniti menentang juara Liga Perdana England (EPL) musim lalu, Manchester City di Stadium Wembley malam ini.

Kata Klopp, status skuad kendalian Pep Guardiola sebagai juara bertahan sudah cukup membuktikan bahawa mereka layak digelar pasukan pilihan meskipun anak-anak buahnya memiliki rekod selaku juara Eropah musim lalu.

“Saya akui pernah menewaskan Guardiola pada aksi pembuka tirai Bundesliga iaitu Piala Super Jerman, namun ia tidak memberi sebarang makna kerana pasukan bimbingannya (Bayern Munich) ketika itu kekal mendominasi liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Situasi sama boleh dianggap pada perlawanan ini kerana ia hanya aksi pembuka tirai saingan EPL. Namun, ia tetap peluang buat pasukan menjulang trofi seperti Perisai Komuniti,” katanya.

Mengulas lanjut, Klopp mengakui lebih berminat untuk memberi motivasi kepada anak-anak buahnya untuk bangkit pada saingan EPL musim ini selepas terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua musim lalu.

“Mereka (City) merupakan juara EPL buat dua musim berturut-turut dan ia memberi mesej yang jelas bahawa pasukan itu merupakan pilihan utama dan bukannya Liverpool.

“Mungkin jika ditanya mengenai kancah Liga Juara-Juara, saya boleh katakan Liverpool adalah pilihan utama untuk ke final memandangkan kami berjaya melangkah ke pentas akhir dua musim berturut-turut dan menang pada musim lalu.

“Namun, ia tidak bermakna kami berpeluang untuk mengulangi kejayaan tersebut kerana cabaran pada musim ini dilihat lebih sukar,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini