Hina Nabi Muhammad, kemungkinan pemilik guna akaun palsu - Utusan Malaysia

Hina Nabi Muhammad, kemungkinan pemilik guna akaun palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Polis tidak menolak kemungkinan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Wendy Loong dan memuat naik hantaran laman sosial yang menghina Nabi Muhammad S.A.W menggunakan akaun palsu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, kemungkinan individu berkenaan menggunaan akaun Facebook palsu dan sehingga kini polis masih giat menjalankan siasatan berhubung perkara terbabit.

“Besar kemungkinan ia menggunakan akaun facebook palsu, kalau tidak kita mesti kita sudah dapat tahu lama dah. Perkara ini (perbuatan) ini di alam maya, jadi ia ambil masa sedikit, kena lihat dari sudut teknikal, sumbernya dari mana. Bagaimanapun, siasatan sedang giat dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Lantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam (UA) KE -15 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Setakat ini polis menerima lebih dari 400 laporan polis berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman sosial Facebook.

Sebelum ini tular di laman sosial facebook berhubung satu akaun facebook menggunakan nama seorang wanita dan telah memuat naik satu gambar yang dikatakan menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini