United seperti ‘tapak pembinaan’ - Utusan Malaysia

United seperti ‘tapak pembinaan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN – Bekas pertahanan Liverpool , Andrea Dossena menyifatkan Manchester United kini seperti ‘tapak pembinaan’ dan tidak menarik untuk mana-mana pemain sehingga membuatkan Paulo Dybala gagal membuat keputusan untuk menyertai pasukan itu atau tidak.

United adalah pasukan pilihan untuk mendapatkan penyerang Juventus itu dengan Romelu Lukaku akan menyertai gergasi Turin tersebut.

Menurut laporan di Itali, United bersedia menawarkan kontrak 10 juta pound (RM50.78 juta) setahun untuk Dybala sekiranya perjanjian itu berjaya dimuktamadkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Dybala masih belum memberi sebarang kata putus mengenainya dan Dossena berpendapat, United belum bersedia untuk menjulang kejuaraan seperti Manchester City dan Liverpool.

“Manchester United adalah kelab ternama tetapi saya melihat mereka belum bersedia untuk menang di persada Eropah seperti Juventus.

“Sekiranya perpindahan ini melibatkan Liverpool atau Manchester City, saya rasa Dybala tidak akan teragak-agak untuk menyertai pasukan itu.

“United ketika ini dilihat tidak ubah seperti sebuah ‘tapak pembinaan’ sahaja,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini