MB mohon maaf isu pencemaran Pasir Gudang - Utusan Malaysia

MB mohon maaf isu pencemaran Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 4 Ogos – Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal menzahirkan permohonan maaf pihaknya mewakili kerajaan negeri berhubung insiden pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang baru-baru ini.

Beliau turut mengakui terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki kerajaan negeri dalam berhadapan dengan insiden berkenaan.

“Sebagai ketua negeri, saya dengan rendah diri memohon maaf kepada penduduk Pasir Gudang dan berjanji akan berusaha membaiki kelemahan sedia ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di peringkat kerajaan negeri, kami telah mengambil pelbagai langkah keselamatan dan pencegahan bagi memastikan semua penduduk terjejas mendapat pembelaan sewajarnya dan keselamatan serta kesihatan pelajar terjamin, namun ada beberapa perkara yang mungkin boleh diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Townhall Isu-Isu Semasa Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini