Tabung infaq Angkasa salur dana RM5.1 juta - Utusan Malaysia

Tabung infaq Angkasa salur dana RM5.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Sebanyak RM5.1 juta dana daripada Tabung Infaq Lil-Waqf Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Ang­kasa) telah disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan sehingga tahun lalu.

Timbalan Pre­siden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail berkata, sumbangan sejak 2014 itu terma­suk kepada golongan kurang upaya (OKU) bertujuan membantu meringankan beban mereka.

“Dana yang disalurkan ini termasuk hasil infaq oleh Angkasa sendiri, anggota koperasi, pelanggan melalui potongan gaji, agensi korporat dan individu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami agihkan dana ini kepada pelbagai saluran seperti pusat perlindungan, pusat penjagaan, perkhidmatan kesihatan dia­lisis, pusat perniagaan koperasi, ins­titusi pendidikan serta pembe­lian bangunan untuk diwaqafkan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Laman Agro Coop Care Angkasa-Faqeh Jom Tanam Sejuta Pokok di sini semalam.

Sementara itu, Kamarudin membe­ritahu, projek Laman Agro Coop Care Angkasa-Faqeh memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa di Akademi Faqeh menanam sayur-sayuran organik di samping mempelajari teknik asas perniagaan.

Akademi Faqeh me­rupakan pusat pengajian al-Quran untuk kanak-kanak OKU pelbagai kategori terma­suk autisme, sindrom down, disleksia, lembam dan pekak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini