Maguire semakin hampir ke Old Trafford - Utusan Malaysia

Maguire semakin hampir ke Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, perpindahan Harry Maguire semakin hampir direalisasikan.

Pemain England itu dilapor akan menjadi pertahanan termahal dalam sejarah bola sepak dengan nilai 80 juta pound (RM406.24 juta), mengatasi nilai 75 juta pound (RM380.85 juta) yang dibayar Liverpool kepada Southampton untuk Virgil van Dijk pada Januari 2018.

Solskjaer berkata, perpindahan Maguire akan diselesaikan tidak lama lagi dan tidak menolak kemungkinan akan menyenaraikan pemain itu dalam aksi pembukaan menentang Chelsea di laman sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap perincian terakhir akan diselesaikan segera dan kami boleh mengumumkannya kepada penyokong.

“Biar urusan terakhir ini diselesaikan dahulu.

“Dia ada bermain beberapa perlawanan pada musim panas ini. Kami akan membuat penilian semula terhadapnya selepas ini,” katanya.

Dalam aksi di Stadium Principality, United terikat seri 2-2 dengan AC Milan dengan Paul Pogba tidak beraksi kerana mengalami sakit belakang.

Solskjaer menegaskan, Pogba mahu kekal bersama United musim ini dan menjangkakan pemain itu akan cergas sepenuhnya ketika bertemu skuad kendalian Frank Lampard.

“Dia akan kembali menjalani latihan minggu hadapan. Ini bukan satu kecederaan cuma kesakitan biasa,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini