Isu Orang Asli : NGO disaran tidak campur tangan - Utusan Malaysia

Isu Orang Asli : NGO disaran tidak campur tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 4 Ogos – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran tidak campur tangan apabila kerajaan negeri sedia mengadakan rundingan dengan masyarakat Orang Asli bagi menyelesaikan isu sekatan kegiatan pembalakan berlesen di Kampung Cunex di Gerik.  

Pensyarah Hubungan Etnik Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP), Ibrahim Ahmad berkata, kesediaan kerajaan negeri membuka pintu rundingan termasuk menghentikan semua aktiviti pembalakan dalam kawasan yang menjadi pertikaian juga seharusnya disambut baik secara terbuka oleh kaum peribumi itu.

“Paling penting langkah ‘menang-menang’ melibatkan kedua-dua pihak ini tidak seharusnya dimanipulasi atau disalah tafsir oleh pihak tertentu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berilah peluang dan masa kepada kedua-dua pihak untuk berunding dan jangan keruhkan lagi hal yang berlaku,” katanya kepada Utusan Online.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Prof. Dr. Juli Edo berkata, pihaknya sedia memberikan penjelasan lanjut mengenai isu tanah adat yang dipertahankan oleh Orang Asli itu sekiranya tiada penyelesaian dicapai dalam perbincangan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dalam satu kenyataan bersama sebelum ini menyuarakan komitmen kerajaan negeri dan Persekutuan untuk mencapai penyelesaian adil dan saksama bagi menyelesaikan sebarang isu berkaitan komuniti Orang Asli.

Sehubungan itu, satu pertemuan melibatkan Ahmad Faizal dan Waytha Moorthy serta turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tommy Thomas telah berlangsung pada Rabu lalu bagi membincangkan isu Orang Asli Kampung Cunex.

Tambah Ibrahim, keikhlasan kedua-dua pihak melibatkan kerajaan negeri dan komuniti Orang Asli dalam rundingan itu juga penting demi kebaikan bersama supaya semua pihak memahami situasi sebenar yang berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini