Bekas KP JPJ meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas KP JPJ meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Nadzri Siron meninggal dunia akibat penyakit leukemia di Hospital Ampang di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.19 malam tadi.

Anak keduanya, Shahirah Nadzri berkata, arwah bapanya dikesan menghidap penyakit leukemia pada Februari lalu selepas mengadu sesak nafas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, arwah menjalani rawatan kemoterapi buat kali ketiga  pada 18 Julai lalu kerana masalah darah putih kembali tidak normal, namun daya tahan badannya tidak kuat.

“Sebelum ini dia (ayah) pernah berpesan meminta kami menjaga mak kerana dia kata dah tak lama.

“Arwah bapa akan dikebumikan malam ini di Tanah perkuburan USJ22 selepas selesai urusan di hospital,” katanya ketika dihubungi tadi.

Nadzri meninggalkan balu, Datin Seri Fatimah Ariffin dan empat orang anak.

Beliau dilantik menjadi Ketua Pengarah JPJ pada tahun 2016 sebelum bersara pada Mac lalu sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini