Selangor muncul juara Choral Speaking 2019 - Utusan Malaysia

Selangor muncul juara Choral Speaking 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua buah sekolah yang mewakili negeri Selangor muncul juara Pertandingan Akhir Choral Speaking Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Bank Rakyat dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan di sini hari ini. 

Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Megah, Petaling Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, masing-masing membawa pulang hadiah berupa piala pusingan dan baucar akaun simpanan i-Bank Rakyat bernilai RM4,000. 

Pertandingan bertemakan tersebut terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah dari seluruh negara. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, pertandingan yang dianjurkan buat kali kedua itu berjaya menarik kira-kira 15 buah sekolah.

“Ini merupakan salah satu inisiatif di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi merealisasikan aspirasi negara menerusi Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

“Tema bagi kategori sekolah rendah ialah ‘A Penny Saved is a Penny Earned’ dan ‘Teenpreneurship Now’ pula bagi kategori sekolah menengah bertujuan membangkitkan kesedaran kepentingan amalan menabung di samping menyemai minat pelajar dalam bidang keusahawanan,” katanya pada sidang akhbar di sini. 

Nizam menambah, penganjuran pertandingan Choral Speaking ini bertepatan dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini, bagi meningkatkan bilangan usahawan yang lebih berkualiti serta mempunyai pemikiran global dan kompetitif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini