Urusan jemaah haji Gaza dipermudah - Utusan Malaysia

Urusan jemaah haji Gaza dipermudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 3 Ogos – Penantian selama 10 tahun bagi pasangan suami isteri dari Gaza untuk menunaikan ibadah haji akhirnya tertunai apabila nama mereka tersenarai dalam cabutan dijalankan Kementerian Wakaf Islam Palestin, baru-baru ini.

Lapor Arab News, Omar Mohammad Raboun, 69, berkata, dia dan isterinya Amira tidak sabar untuk menziarah Kaabah dan Madinah.

“Saya telah lama menunggu peluang ini (menunaikan rukun Islam kelima).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya seorang Muslim dan tahu bahawa kehidupan kita ditangan Allah SWT,” katanya yang tidak pernah menaiki pesawat.

Perjalanan 3,000 jemaah haji dari Gaza tahun ini dijangka lebih mudah berikutan perjanjian dicapai antara Palestine Airways untuk membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah terus ke Madinah.

Sementara itu, pemilik Hanief Travel Agency yang menguruskan perjalanan haji, Mohammad Abdel Bari memberitahu, urusan jemaah haji ke Mekah dan Madinah pada tahun ini telah dipermudahkan.

“Kita telah membuat penyelarasan dengan pihak berkuasa Mesir dan Arab Saudi dengan jemaah dijanjikan hanya akan diperiksa semasa berada di tempat pemeriksaan pertama,” katanya.

Selain itu, pegawai kanan Palestine Airways, Ramadan Barghouti berkata, syarikat itu telah menyewa pesawat lebih moden dari EgyptAir untuk membantu menerbangkan jemaah pergi dan balik dari Arab Saudi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini