Riau bukan punca jerebu Malaysia - Utusan Malaysia

Riau bukan punca jerebu Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 3 Ogos – Badan Meteo­rologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Pekanbaru, Riau menafikan dakwaan jerebu yang melanda Malaysia ketika ini datang dari Riau.

Lapor Warta Ekonomi yang me­metik Ketua BMKG Pekanbaru, Sukisno Jumat berkata, berdasarkan analisis dibuat pihak­nya, asap dari Riau tidak samp­ai ke Malaysia dan Singapura.

Katanya, meskipun mengikut arah tiupan angin memang asap itu ke Malaysia, namun keadaan jerebu di Riau belum kritikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, jerebu itu hanya sampai di Selat Melaka sahaja dalam perairan Indonesia.

“Asap hanya berada di pesisir Riau dan ada juga ditiup di bahagian utara Selat Melaka.

“Sekarang memang ada jere­bu namun tidak seteruk pada 2014 dan 2015,” katanya.

Tambahnya, dia tidak mempunyai banyak data menge­nai jerebu di Malaysia namun tidak menolak kemungkinan Malaysia juga mempunyai titik panas.

“Boleh jadi di Malaysia ada ke­bakaran, saya kurang tahu,” katanya.

Sementara itu, Sukisno mem­beritahu, Riau mengalami mu­sim kemarau sejak Julai lalu dan berkemungkinan berlarutan sehingga Oktober ini. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini