Ibadah korban: Pengutip sampah sedekah RM2,920 - Utusan Malaysia

Ibadah korban: Pengutip sampah sedekah RM2,920

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MATARAM 3 Ogos – Seorang pengutip sampah warga emas di Lombok mengejutkan ba­nyak pihak apabila mendermakan sebanyak 10 juta rupiah (RM2,920) untuk ibadah korban semasa Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Tribunnews melaporkan, tin­dakan Sahnun atau lebih­ mesra dengan panggilan Ne­nek Sahnun, 60, membuatkan banyak pihak terharu.

Nenek Sahnun dari Narma­da, Lombok Barat hidup se­ba­tang kara dan sering me­numpang tidur di sebuah gerai dan mencari serta mengutip sampah setiap hari untuk dijual bagi mendapatkan duit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wanita itu memperoleh pendapatan antara 20,000 rupiah (RM5.84) hingga 50,000 rupiah (RM14.60) hasil me­ngutip sampah setiap hari.

Berdasarkan satu program yang disiarkan dalam saluran Youtube Indosiar, wanita tersebut memaklumkan dia mengumpul wang berkenaan selama lima tahun untuk di­sedekahkan buat ibadah korban.

Difahamkan, derma wanita itu diserahkan kepada petugas masjid dan dapat membeli seekor lembu bersaiz sederhana.

Biarpun berpenampilan ba­­­ju lusuh, penduduk tempatan memaklumkan Nenek Sahnun mempunyai kepe­ribadian yang baik, jujur dan ikhlas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini