Anda tentu pernah menonton filem-filem Hollywood? Selalunya restoran dalam filem Hollywood mempunyai reka bentuk yang luas dengan susunan tingkap yang banyak. Inilah gambaran restoran Texas Chicken di Shell Sunway Mentari. Texas Chicken ditubuhkan di San Antonio, Texas pada 1952 oleh George W. Church yang merupakan salah satu rantaian restoran khidmat segera berasaskan ayam terbesar di dunia.
Menariknya, anda berpeluang merasai suasana dekorasi Barat yang santai, ringkas dan selesa. Susunan kerusi dan mejanya kelihatan teratur dengan pilihan perabot moden. Ini menjadikan restoran ini sesuai dijadikan tempat menjamu selera sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.
Berkongsi lokasi strategik bersebelahan dengan stesen petrol yang terkemuka, cawangan baharu Texas Chicken di Shell Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor bersedia memenuhi kehendak dan keperluan gaya hidup pengguna hari ini melalui pelbagai produk yang lazat dan berkualiti selain disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ). Di samping itu, para pelanggan dapat menikmati makanan kegemaran mereka sama ada melalui cara makan di restoran, bawa pulang atau pandu lalu sepanjang hari di restoran 24 jam ini.
Menurut Pengerusi Envictus International Holdings, Datuk Jaya Tan, lebih daripada 90 peratus isi rumah Malaysia memiliki kereta. Oleh itu, pembukaan restoran berkonsepkan pandu lalu merupakan langkah yang tepat dalam mengembangkan perniagaan syarikatnya.
Envictus Holdings kini mengendalikan lebih 50 restoran Texas Chicken di Malaysia dan telah membuka lima restoran baharu tahun ini, termasuk cawangan pandu lalu di Sunway Mentari.
Tidak dinafikan sajian ayam goreng Texas Chicken diminati ramai kerana rasanya yang lazat, rangup di luar dan berjus di dalam selain saiznya besar. Teknologi menyuntik perapan yang digunakan di kilang pembekal ayam membolehkan Texas Chicken mendapat ayam goreng berjus.
Ayam berperisa pedas dimasak dengan dua kali perapan dan dilapisi dengan adunan tepung bagi memastikannya enak, rangup dan pedas dalam setiap gigitan. Tidak ketinggalan, biskut mentega madu yang dibakar di restoran setiap hari dan tawaran isian semula dengan pilihan tujuh jenis minuman secara percuma juga antara tarikan yang membuatkan pelanggan terus setia bersama Texas Chicken,
Selain ayam dan biskut, restoran ini juga menyediakan bubur, nuget, nasi inspirasi Korea, kentang goreng dan banyak lagi. Texas Chicken Sunway Mentari berkeluasan 3,500 kaki persegi dan dilengkapi dengan 146 tempat duduk. Hiasan dalamannya yang ceria dan selesa direka khas untuk menambat hati komuniti pelajar, golongan dewasa dan keluarga. Restoran Texas Chicken juga menawarkan pengisian semula minuman ringan percuma yang memberikan lebih nilai kepada para pelanggannya.











