Tunku Azizah kongsi cabaran dilalui TAFF - Utusan Malaysia

Tunku Azizah kongsi cabaran dilalui TAFF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 3 Ogos – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi cabaran yang dilalui Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) dalam membantu wanita yang mengalami masalah fertiliti.

Malah dalam menyelami tugas kakitangan yayasan berkenaan, Seri Paduka pernah menyamar menjadi setiausaha dan menjawab panggilan telefon di TAFF dan mengakui ada yang bercakap kasar serta marah-marah seperti yang menjadi viral di laman sosial semalam.

“Ada yang menelefon tidak faham, kena isi borang dahulu, patuhi semua syarat, bukannya terus dapat (permohonan). TAFF memberi rawatan percuma kepada mereka yang layak dan memerlukan, pokoknya isi borang dan perlu ada surat pengesahan dari doktor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kena patuh (penuhi) semua itu dan jangan marah saya, saya minta maaf,” titah Tunku Azizah Aminah Maimunah dalam laman Twitter baginda hari ini.

Tunku Azizah Aminah Maimunah sebelum ini bertitah akan menaja 60 pasangan untuk menerima rawatan kesuburan melalui TAFF.

Semua pasangan yang dipilih adalah sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-60 baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×