1,600 hadir sesi Townhall Semarak Merdeka bersama PM - Utusan Malaysia

1,600 hadir sesi Townhall Semarak Merdeka bersama PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 3 Ogos – Lebih 1,600 peserta termasuk golongan belia menghadiri sesi Townhall Semarak Merdeka bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diadakan di Hotel Hatten di sini petang ini.

Program tersebut diadakan sempena kedatangan Dr. Mahathir ke negeri ini bagi merasmikan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan Banda Hilir, malam ini.

Ia dianjurkan bersama oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kerajaan negeri Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…
SEBAHAGIAN pelajar riang memegang Jalur Gemilang ketika menghadiri program Townhall Semarak Merdeka
SEBAHAGIAN pelajar riang memegang Jalur Gemilang ketika menghadiri program Townhall Semarak Merdeka bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Hotel Hatten di Banda Hilir, Melaka sebentar tadi.  –  UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD

Ketibaan Perdana Menteri pada pukul 5.15 petang disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen yang juga bertindak selaku moderator program.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof yang juga Menteri Pembangunan Usahawan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini