Wanita UMNO desak exco segera direhatkan - Utusan Malaysia

Wanita UMNO desak exco segera direhatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK 3 Ogos – Pergerakan Wanita UMNO mendesak ahli exco kerajaan negeri yang disiasat berkaitan kes rogol pembantu rumahnya segera direhatkan.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, adalah janggal kerana ahli exco berkenaan masih menjalankan tugasnya seperti biasa walaupun siasatan polis sedang dijalankan.

Menurutnya, sepatutnya ahli exco berkenaan direhatkan daripada menjalankan tugasnya sehingga dibuktikan benar-benar bersih daripada tuduhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, Wanita UMNO akan terus mendesak supaya mana-mana pemimpin yang terpalit dengan siasatan polis khususnya melibatkan jenayah seksual perlu direhatkan daripada sebarang tugas.

“Selalunya orang lain bercuti tapi ini dipanggil polis sekejap, selepas itu buat macam biasa tugas-tugas rasmi. Sepatutnya Pakatan Harapan (PH) arahkan dia bercuti sehingga siasatan sebab dia pandai desak parti-parti lain suruh bercuti.

“Kita sebagai wanita ini pun rasa marah. Berita ini sampai negara luar negara, kita bimbang orang akan anggap negara ini tak selamat untuk wanita,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk, Sungai Sumun di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Khairuddin Tarmizi dan Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Wan Norashikin Wan Nordin.

Noraini berkata, pendakwaan kes tersebut perlu disegerakan kerana menjejaskan nama baik negara.

Menurutnya, pelbagai gesaan telah dibuat sebelum ini oleh Wanita UMNO Pusat dan negeri tetapi tidak diendahkan.

“Kami masih menunggu hasil siasatan dan pendakwaan ke atas exco dari DAP itu,” katanya.

Sebelum ini, ahli exco kerajaan negeri, Paul Yong disiasat pihak polis selepas satu laporan polis dibuat ke atas beliau berkaitan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini