Warga asing cabul kanak-kanak ditahan - Utusan Malaysia

Warga asing cabul kanak-kanak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos- Seorang penggangur ditahan polis dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun di Kampung Bumiputera Jalan Silam, Lahad Datu pada Selasa lalu.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, warga asing berusia 33 tahun itu ditahan selepas laporan dibuat ibu mangsa pada hari kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang semasa mangsa ke rumah suspek untuk mencari adiknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa telah diumpan diberikan biskut dengan memanggilnya untuk masuk ke dalam bilik suspek.

“Kanak-kanak itu kemudiannya diajak baring di katilnya dan diberikan telefon bimbit sebelum suspek membuka separuh seluar mangsa,” lapor Utusan Borneo hari ini.

Nasri berkata, suspek kemudian mencabul kanak-kanak itu dengan menyentuhkan alat sulitnya ke kemaluan mangsa.

Jelasnya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebatan jika sabit kesalahan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini