[VIDEO] Lori bawa muatan diesel terbakar akibatkan kesesakan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lori bawa muatan diesel terbakar akibatkan kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah lori satu tan yang membawa muatan minyak diesel terbakar sehingga mengakibatkan kesesakan jalan raya dalam kejadian di Kilometer 23.5 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini hari ini. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Hartamas telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati sebuah lori satu tan yang membawa muatan minyak diesel telah terbakar 90 peratus namun kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hafisham, bilangan tong mengandungi minyak diesel yang terbakar itu belum dapat dipastikan dan memaklumkan pemandu lori berkenaan turut tidak dapat dikesan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini