Everton dapat khidmat pemain Ivory Coast - Utusan Malaysia

Everton dapat khidmat pemain Ivory Coast

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Everton berjaya menandatangani pemain tengah Ivory Coast, Jean-Philippe Gbamin daripada kelab Jerman, Mainz awal hari ini membabitkan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Di bawah kontrak itu, Gbamin setuju untuk berada di Goodison Park selama lima tahun bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Idrissa Gueye yang berhijrah ke Paris Saint Germain (PSG) awal minggu ini.

“Ia satu detik besar dalam karier saya dan tiba masa saya buktikan kenapa mereka membeli saya. Saya teruja kerana Everton sebuah kelab yang hebat di England dan mempunyai sejarah yang besar dan bercita-cita tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi saya tidak perlu fikir lebih daripada itu. Tidak sabar rasanya untuk bermain di Liga Perdana Inggeris. Saya serahkan kepada penyokong mereka untuk melihat kemampuan saya yang bersedia memberikan segalanya di dalam padang,” kata pemain yang baharu berusia 23 tahun ini.

Gbamin yang memulakan karier profesional antarabangsanya di Lens dekat Perancis mula berhijrah ke Mainz pada 2016 dengan membuat 86 penampilan liga domestik selain menjaringkan tiga gol.

“Dia pemain yang bersemangat tinggi untuk bermain dengan Everton. Sesuai pula dengan corak permainan kami dan mampu memberi banyak pilihan penyelesaian di bahagian tengah,” kata pengurus Everton, Marco Silva. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini